Ayam McD atau KFC?Confuse Sial...
About this Entry
Posted by: oh_so_drama

Visit oh_so_drama's Xanga Site

Original: 9/4/2008 4:16 AM
Views: 78
Comments: 9
eProps: 16

Read Comments
Post a Comment
Back to Your Xanga Site



Thursday, September 04, 2008

 Jadi...

Mungkin akibat daripada dosa-dosa lampau yang sudah tinggi menggunung dan pahala yang bilangannya sangatlah menyedihkan, aku asyik terlantar di atas katil sejak awal Ramadhan samada kerana;

a) semput; atau
b) tonsil yang anjing; atau
c) batuk kong kong kong macam anjing kurap; atau
d) demam; atau
e) kesemuanya sekali

Walaupun aku pasti pembaca semua akan berkata "Hek eleh dulik ape aku", tapi aku tetap juga mahu meminta maaf di atas ketidaksudian aku mengunjungi xanga sekian lama. Inilah cara aku mendapatkan secebis pahala. Kalau anda semua mahu pahala seperti aku, aku nasihatkan anda memaafkan aku. (Walaupun aku sendiri tidak peduli samada aku dimaafkan atau tidak).

Alang-alang aku berada di sini elok juga kiranya aku ceritakan kejadian yang berlaku pada hari perkahwinan abangku baru-baru ini. Ye... abang aku dah kawin. Ye... sejak lepas kawin ni tiap-tiap hari dia bangun pukul 6 pagi bersama isterinya untuk menunaikan solat subuh. Ye.... aku memang segan lah sebab subuh aku selalunya tatkala matahari sudah tegak memanaskan ubun-ubun kita.

Berbalik kepada cerita yang aku mahu ceritakan. Alkisahnya begini. Kau orang semua tahu lah kan sudah menjadi trend semasa bagi majlis perkahwinan memainkan "slide show" gambar-gambar pengantin. Sebulan sebelum kenduri, aku dapati abang aku nak masukkan satu gambar yang cukuplah aku tidak gemar. Kerana apa? Kerana gambar tu menonjolkan saat hodoh aku. Kalau hodoh sikit aku tak kisah. Ini hodoh banyak. Dahla hodoh, poyo pula tu. Gambar itu menunjukkan aku dan abang aku semasa kecil sedang bermain roller-blade. Aku pakai t-shirt Garfield yang agak besar, scarf yang berkilat, dan dengan muka semangat aku menunjukkan isyarat 'peace' pada kamera.

Aku cakap pada abang, "Mad, orang tak mintak apa-apa pun untuk hari besar kamu ni. Orang nak mintak satu bendeeee je. Inilah pertolongan paling penting sejak kita membesar sama-sama. Tolong lah jangan masukkan gambar bodoh ni dalam slide show tu nanti. Iniiiii je yg Jah nak mintak."

Pada hari kenduri, aku terasa agak aneh kerana tiba-tiba jurugambar yang mengendalikan slide show tanya aku samada aku sudah tengok slide show. Aku kata belum. Beberapa minit sebelum pengantin berarak masuk, skrin besar memfokus ke arah aku agak lama. Kerana aku gila glamor, aku melambai-lambai bangga.

Apabila slide show dimainkan, terpampang gambar hodoh itu sebesar-besarnya di atas skrin untuk tatapan seisi dewan.

Bayangkanlah gelak yang aku terima. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik ketawa sakan sambil jari meraka dituding-tuding ke arah ku. Sampai ke bilik stor belakang pun (ye... aku cuba melarikan diri ke bilik stor, konon-konon nya nak ambil doorgift), dua-dua manusia penjaga stor yang tak berhati perut sedang gelak terbahak-bahak  pegang perut. Bila aku masuk, lagi menjadi-jadi mereka gelak.

Habis sahaja kenduri, abang aku yang kejam itu ada hati lagi nak tanya; "Amacam? Suka tak slide show tadik?"

Cheis. Tunggu lah kenduri aku nanti.

 Posted 9/4/2008 4:16 AM - 78 views - 9 comments

Give eProps or Post a Comment

9 Comments

Visit toooots's Xanga Site!
aduh kroniknya penyakit awak! hope u recover soon!
keji sekali abang awak itu. hahha what are the chances of u putting up the pic for our viewing pleasure eh? tihihi.

heheh have a good (better?) ramadan ahead!
Posted 9/4/2008 4:46 AM by toooots Xanga True Member - reply

Visit mallowymallow's Xanga Site!
hahahhahaha.nasib baik abang dan kakak aku tak reti nak buat slide show jadah ni.selamat muka gigi rongak aku.ngehngeh.

sila jaga diri baik2.nanti tak boleh main mercun(apa kaitan?)

happy fasting jahhhhh! :)
Posted 9/4/2008 7:09 AM by mallowymallow - reply

Visit d3vilst3ch's Xanga Site!
owh kasihannyalah diri itu yang terlantar diperbaringan. Baeklah, saya maafkan dosa-dosa rempit kamu terhadap saya sejak kesekian lamanya. owh2, abg kamu sgt cool. hihu. saya sgt bersetuju sekali dengan cik tuttttttttttttt. what are the chances? ala censored la mata ke muka ke. nanti kitorang tak tau la sape org tu. hihihih
Posted 9/4/2008 7:56 AM by d3vilst3ch Xanga True Member - reply

Visit AishahAnsari's Xanga Site!
hope u feel better...
Posted 9/4/2008 6:09 PM by AishahAnsari - reply

Visit littlewhitemushroom's Xanga Site!
batuk kong kong kong?? hahaha siap ada sound effect. hebat... semoga cepat sembuh!
Posted 9/4/2008 8:33 PM by littlewhitemushroom Xanga True Member - reply

Visit woundsoflove's Xanga Site!
entry yg deserve tepukan gemuruh!!!!
Posted 9/4/2008 9:24 PM by woundsoflove Xanga True Member - reply

Visit gokusenhaitt's Xanga Site!
yay!
Semoga cepat sihat... Eeee... I know how u feel. I pun tak suka orang tunjuk gambar waktu kanak2 riang.
Posted 9/5/2008 4:35 AM by gokusenhaitt - reply

Visit akmasyazwani's Xanga Site!
AHAHHAHAAH!
adei la~
keji sungguh abg kak ija..uhuuu~
Posted 9/9/2008 12:37 AM by akmasyazwani - reply

Visit oh_so_drama's Xanga Site!

@toooots - 

@mallowymallow - 

@d3vilst3ch - 

@AishahAnsari - 

@littlewhitemushroom - 

@woundsoflove - 

@gokusenhaitt - 

@akmasyazwani - 



Kepada semua;
Terima kasih kerana memberikan tunjuk-balas terhadap entry saya ini! Pun begitu, feedback saya kepada mereka-mereka yang menunggu kebarangkalian gambar hodoh lagi poyo itu disiarkan di dalam blog ini - jangan harappppppp....
Posted 9/13/2008 7:11 PM by oh_so_drama - reply


Choose Identity
(?)
 
Give eProps (?)
Post a Comment
Add Link | Preview HTML comment help 
Profile Pic:
Default  |  Choose »  (?)



Back to oh_so_drama's Xanga Site!
Note: your comment will appear in oh_so_drama's local time zone:
GMT -05:00 (Eastern Standard - US, Canada)
<bgsound src="http://media.putfile.com/comforting-sounds" loop="infinite">