Kebendanyer "transhumanity" nie?Assalamualaikum everyone..  In case you're wondering, I've been spending about a year now going around the Internet. Yeah, I've gotten into looking things up and thinking on them.. kinda like what I did in the days of reformasi. And yeah, from the conclusions I am drawing, I might end up doing exactly what I did back in the day (i.e. piss people off by saying my piece). So let me go on record by saying this. I am NOT here to be sensational nor am I here to piss you off. Please remember that line. Rather, I am here saying this as a reminder to everyone, as is the duty of every civil-minded person to everyone else out there. And here's the other thing.. since transhumanity is covered almost to death in English, I feel it better that my pieces be in Malay, with some English sprinkled in to keep you others interested. This is of course to help others here in Malaysia see what I've seen, and probably understand what all this fuss is about. Bismillahirrahmanirrahim.. dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Apakah pendapat anda semua jika di satu hari nanti, anda akan membaca dalam suratkhabar atau melihat dalam berita televisyen berita sebegini? Teknologi "muat turun minda" diperkenalkan di sekolah rendah "Internet Explorer 10.0 with MindJack Tech" dilancarkan 3,000 masuk hospital akibat "MindVIRUS 12.3b" Adakah anda akan tertanya, "Apa yang kamu melalut nie?" Sebenarnya, walaupun berita seperti yang diatas hanyalah merupakan fantasi pada kebanyakan umat manusia sekarang ini, ianya sebenarnya boleh menjadi realiti di masa terdekat. Jika anda pergi melayari Internet dan mencari risalah dengan kata kunci "transhumanism", inilah sebahagian yang mereka ingin capai dan akibatnya jika impian mereka tercapai untuk kita semua dalam masa terdekat ini. Jadi apakah itu "transhumanity"? Definasi yang saya berikan ini adalah dari apa yang saya fahami dan rumuskan dari pembacaan saya; ianya (transhumanity) merupakan satu pergerakan dan fahaman yang bertujuan untuk mengubah sifat dan sikap manusia dengan menggunakan sains dan teknologi, serta mencari jalan untuk mengurangkan faktor2 yang boleh mencacat-celakan kualiti hidup umat manusia. Dalam erti kata lain, mereka ingin "memperbetulkan" dan "menaik-taraf" apa yang mereka rasa adalah "kesilapan" dalam setiap manusia. Seperti contoh berita hangat yang saya berikan di atas, satu aspek yang mereka rasa boleh "dipulihkan" adalah konsep pembelajaran. Secara asasnya, umat manusia sejak sekian lama belajar melalui pengalaman sendiri, lisan, amali serta membaca.. tidak lama lagi, anda boleh menambah konsep "pembelajaran secara terus" kepada senarai ini. Maksud saya? Tidak lama lagi, anda akan dibekalkan dengan satu pil yang anda akan telan bersama air yang dibekalkan oleh klinik berdekatan dengan anda pada suatu usia muda (contohnya pada umur 4 tahun, apabila otak manusia sudahpun 80% sempurna pembentukan dari segi neural). Pil ini, yang mengandungi berbilion robot berdasarkan nanoteknologi akan menggunakan kandungan dalam air yang anda telan (yang mengandungi unsur2 logam tertentu) untuk menyulam satu "jaringan neural" di sekeliling otak anda yang bukan sahaja boleh membaca gelombang otak dan corak pengaktifan sel2 neuron otak, malahan boleh merangsangkan sel2 tersebut dengan signal dari luaran (dengan cara yang sama seperti bagaimana otak anda dirangsang dengan cahaya yang diterima oleh mata anda, seterusnya diproses menjadi imej dunia luar yang anda alami). "Jaringan neural" ini akan kemudiannya disambung kepada satu cip sebesar 10 titik noktah yang "direka-cipta" oleh robot2 nano yang anda telan tadi dan akan terletak di ruang antara tengkorak dan leher anda. Kemudian, apabila proses tersebut selesai dan ujian keberkesanan interaksi "jaringan neural" itu dengan otak anda berjaya, anda akan dibedah dan dibekalkan dengan satu alat pemancar/penerima yang akan tersembul sedikit dari belakang leher anda. Apabila anda sembuh, satu lagi ujian akan dijalankan dan anda akan disahkan berjaya dan sembuh sepenuhnya.. bila anda dapat melayari Internet, "log on" di www.yahoo.com dan membaca email tahniah dan manual pengguna dari pihak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran Cibernetik, dengan hanya menggunakan alatan yang telah "ditanam" dalam kepala anda. Dan seterusnya dapat "memuat-turun" segala syllabus pelajaran Matematik Tambahan Tingkatan 5 terus dari Internet dalam masa 0.05 saat sahaja dengan menggunakan sambungan wireless 512 Tbs (terabit sesaat, yang beratus-ribu kali lebih laju dari Streamyx sekarang). Jadi, apakah pandangan anda? Senario ini hanyalah khayalan yang saya utarakan untuk tatapan dan santapan fikiran anda, tapi percayalah cakap saya apabila saya katakan ada kelompok manusia yang inginkan itu semua untuk masa depan mereka. Seterusnya.. faedah dan padah! Apa yang baik, ada buruknya jika tidak diguna tanpa usul-periksa dan pemikiran semasak-masaknya! Insya-Allah saya akan sambung dalam masa terdekat.. tiba masa saya tidur dan siap-sedia untuk kerja pagi esok. Wassalam dan selamat malam pada semua. |