Nikah sudah... malam berinai besar pun sudah... hari yang sungguh penat. Following day lepas 2 events tu actually lagi memenatkan. After malam berinai besar tu selesai... aku pulang ke hotel bersama-sama family and sedara-mara ku untuk berehat. Konon lah berehat kan? Hahahahaha !! Malam tu kita orang whole family sedara-mara yang lelaki kuar pi karaoke. Depa kata bachelor's party... hahahahaha !! Kiwak bachelor's party mende? Aku dah kahwin ada isteri... tak de bachelor dah. Ini kira declare party kesyukuran. Hahahahahaha !! Kesyukuran kat karaoke eh? Hahahahahaha !! Memang enjoy malam tu. Itu malam gak aku started realize, ada cousin-cousin aku yang actually power menyanyi.... hehehehehe... syukurlah !!
So the following day... pak andam wife aku suruh datang awal pukul 9 untuk berandam. Hehehehehe... sorry ah. Takkan ku datang pasal andam-andam ni. Nak plak dia cakap kat aku nak baca jampi serampah nak buat itu ini. lagi ah aku tak nak datang. End up aku datang kat rumah pengantin pukul 1 tengahari. Hahahahahaa !! Datang-datang terus masuk berarak.
Pengapit aku merupakan batchmate pilot ku... Encik Tarmizi Ahmad. Pengapit cemerlang.
Yeah... time ni aku baru jer sampai di perkarangan rumah pengantin perempuan. Hari cerah memang best. Mizi plak dengan tekun mengipas kipas kat aku. Hahahahaha !! Kipas mengada jer tu... bukan ada angin pun kuar dari kipas pelamin tu. Syukurlah...
Selesai semua dah berkumpul keluarga ku... kami masuk berarak dengan diiringi paluan kompang. Lepas habis kompang, Cak Lempong menyusuli memenuhi atmosphere majlis kami. Memang best cak lempong yang ditempah oleh wife aku itu. Rajin sungguh depa main, tak putus-putus music depa main dengan alatan muzik tradisional.
Kami berarak masuk tepat pada jam 1:30 tengahari. Berarak masuk terus ke atas pelamin. Di situ kami ditepung-tawar, meminta restu dari orang tua. Syukurlah...
Amin... syukurlah...
Selepas selesai hal-hal bacaan doa, meminta restu dan menepung tawar ni... kami di bawa ke meja makan pengantin untuk menjamu selera. Selera ka? Hahahahahaha !! Susah ah nak cakap... aku bukannya ada selera makan pun. Makanan yang disediakan memang menarik. Desert pun sedap. Abih sepinggan nasi aku bedal. Lapar daaa...
I can say pengapit kami melakukan tugas mereka dengan cemerlang sekali time ni. Hahahahaha !! Terima kasih Mizi. Syukurlah... makan minum kami dijaga. Di atas pelamin juga kami di jaga. Baru aku tau, sebenarnya time berkahwin ni, pengapit sangatlah memainkan peranan.
Time ko atas pelamin dok membatu sambil di renjis-renjis dan ditengok ngan ratusan orang... time tu ko nak berborak ngan sorang. Haaaa... pengapit ah tempat aku berborak dan mengalih fokus buat sementara waktu. Bagus btol ada pengapit yang sekepala.
Akhir sekali selepas selesai makan... upacara memotong cake. Syukurlah...
Itu saja cerita untuk kali ini... next? Finale majlis perkahwinan kami. Next entry. Insyaallah dalam masa terdekat ini akan ku post kan entry yang baru pasal majlis menyambut menantu yang diadakan kat sebelah pihak aku plak. Upacara finale diadakan pada 23hb Ogos 2008, di tepi laut. Memang truly garden wedding punyer theme aku cakap korang ah. Lama aku plan and aku amat berpuas hati ngan hasilnya.
Overall aku bley simpulkan... majlis perkahwinan kami alhamdulillah jalan ngan smooth nya. Terima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat mahupun tidak terutamanya kepada mak ayah kami, sedara-mara dan rakan-rakan sekalian. Oh ya... kepada yang datang... terima kasih !!
Tanggal 16 Ogos 2008, aku telah menamatkan zaman bujang ku dengan berkahwin dengan wanita idaman pilihan aku, Cik Wan Haniz Shafinaz Binti Wan Halim. Hahahahaha !! Sapa sangka cinta Internet akhirnya berjaya aku bawa ke atas pelamin? Sapa tau kan?
It's all started dengan Internet-based social network punyer service, Friendster yang aku dok main... and aku still ingat lagi dulu, some of my friend kata aku buat benda mengarut cari pasangan hidup melalui Internet. Depa kata sungguh tak practical and tak logic. Aku agreed gak ngan depa dulu but aku rasa aku tak puas ati and aku nak gak buktikan depa tu salah. Aku dah lama terjebak ngan mencari pasangan melalui Internet ni. Started dengan mIRC dulu-dulu lagi kat channel kampung aku dok chat hari-hari sampailah aku berjumpa ngan gadis-gadis yang aku kenal melalui mIRC tu. Hahahahahaha !! Ramai gak aku jumpa tapi tak melekat. Itu pasal kawan-kawan aku cakap cari jodoh kat Internet ni mengarut. Salah sorang dari mereka melekat but kita orang tak stay lama together. Dia datang wedding aku baru-baru ni, dengan membawa anak sorang. Hahahahaha !! Syukurlah...
From mIRC, wujudlah benda-benda lain macam sms.ac. Itu time aku kenal sorang lawyer dari Johor. Kita orang berkawan sampailah sekarang and dia pun baru-baru ni baru sahaja berkahwin. Kita orang pernah kuar berjumpa, she drove from Johor Bharu and met me kat Shah Alam. Hahahahaha !! Memang power Internet ni... tapi tu lah, aku tak pernah ada perasaan nak bercinta dengan gadis-gadis kenalan dari Internet ni. Bagi aku depa ni Virtual. Semuanya maya. Aku joined Friendster, kemudiannya MySpace sampailah ke Facebook. Tapi sebelum MySpace dan Facebook menjadi ketagihan aku, aku terjebak dulu dengan Friendster.
Tapi tujuan asal aku join friendster adalah untuk mencari kawan-kawan lama ku. Yang telah lama hilang... Aku managed jumpa kawan-kawan lama melalui Friendster. Benda ni memang berguna... tapi lama-kelamaan bila kawan ko dah habis ko cari, ko mula cari kawan baru kan? Hahahahaha... sampai satu peringkat, aku jadi bosan dengan friendster ni. Aku bo layan orang-orang yang nak add add aku. Aku main add jer. Tapi habuk pun tak de. Aku tak kenal pun depa ni...
Tapi dalam pertengahan tahun 2004, sebelum aku join flying school... Cik Haniz Shafinaz ni add aku dalam friendster and tegur aku. Macam biasa aku meloyar buruk kat orang-orang yang tegur aku dalam friendster ni, tapi itu time ntah macam mana, ini perempuan melayan plak loyar buruk aku. Daripada loyar buruk... ke loyar buruk... sampailah ke message bertukar-tukar pendapat. Daripada bertukar message kat Friendster kita orang melompat ke Yahoo Messenger. Daripada ke Yahoo ini... kita orang ke telefon sambil menelefon. Dan akhirnya... setelah berbulan aku asyik berborak-borak dalam telefon, aku amik keputusan untuk berjumpa ini perempuan.
Hehehehehe... benda ni jadi masa aku baru sahaja memasuki flying school kat Melaka. Dari Melaka Sentral, aku beli tiket bas ke Seremban untuk berjumpa dengan ini perempuan yang aku tak pernah tahu yang dia akan jadi isteri aku satu hari nanti. Perjalanan sejam lebih dari Melaka Sentral ke Terminal One Seremban memang berdebar. Serious aku tak pernah buat kerja macam ni. And aku kira macam gamble pi jumpa Cik Wan Haniz ni. And the chances untuk dua-dua orang yang tak pernah bertemu semuka untuk terus berkawan... apatah lagi bercinta lagi ah slim. Finally, aku sampai jua ke destinasi, Terminal One Seremban. Di tingkat bawah... aku tunggu dia di Dunkin' Donut. Fikiran aku, macam mana ah rupa dia ni... dan yang paling penting, camner ah perangai dia ni? Hahahahaha... berdebar gak time tu.
Akhirnya... aku jumpa jua dia. Speechless gak time tu tak tercakap apa. Vogue btol awek ni. Hahahahaha !! Best part pasal citer cinta kita orang ni... aku tak pernah kenal si dia ni stewardess and dia tak tau aku ni nak jadi seorang juruterbang. Aku bagi tau dia aku ke Melaka sebab UiTM transfer aku untuk kerja kat UiTM Melaka. Sama lah dia... dia kasi tau kat aku dia tolong parent dia buat business. Aku terus membisu tak terkata apa bila aku dah jumpa dia. Dia plak yang bising kenapa aku senyap, kenapa aku tak macam dalam telefon yang dia kenal yang aku ni banyak btol cakap. Hahahahahaha !! Aku pun tak tau kenapa aku speechless time tu. Sebab speechless ni kot kita orang akhirnya kahwin. Kua kua kua...
So since then... kita orang mula start banyak bertemu sampailah declared kapel. Kapel-kapel 2 tahun setengah, akhirnya aku decided untuk masuk bertunang dengan dia ni. Dia punyer lah suka bila aku proposed untuk berkahwin ngan dia. Best btol time tu. Kita orang bertunang setahun sebulan sebelum melangsungkan perkahwinan kita orang. Hahahahahaha !!
Yeah... itu lah ceritanya serba sedikit. Kalau nak citer full... sebulan punyer borak pun takkan habis. Sekarang aku nak citer pasal kahwin aku. Hehehehehe... Citer bab kahwin plak.
16hb Ogos 2008... aku masih relax buat tak tau padahal aku nak bernikah petang tu. Aku sedikit pun tak rasa nak bernikah hari tu sampaikan pakcik aku marah kat aku suruh aku pi mandi bersiap sebab semua orang dah ready nak cabut ke rumah pengantin perempuan, aku masih lagi blom mandi pagi. Hahahahaha !! Kehadiran Abang Joe menemani aku sampailah aku selamat bergelar suami memang tidak ku jangka. Terima kasih.
Barisan meminang aku tidak lah seramai seperti aku bertunang dulu... tapi apa yang boleh aku katakan, team meminang ni lagi meriah dari dulu. Meriah dia punyer meriah sampai aku tak sedar yang aku ni nak bernikah sat lagi. Aku pun tak perasan bila Tok Kadi masuk ke dalam rumah pengantin perempuan. Tau-tau jer depa semua suruh aku ngan geng-geng aku senyap. Uish... serious giler rupa tok kadi ni. Dalam hati aku, ada gak aku terpikir apa dia ni nak tanya aku. Setakat hal-hal semayang tarak hal ah dia nak tanya aku... kalau dia tanya aku luar kawasan liputan lebam gak aku nak menjawab karang. Dah ah team-team videoman ni amik letak boom microphone kat baju aku. Kantoi besar siot kalau aku terkantoi nanti...
Aku bley lagi relax tak de rasa gemuruh ke, gabra ke apa ke... ramai yang tanya aku time tu, apa perasaan aku? Aku rasa macam tak berperasaan jer. Aku tau aku nak bernikah... nak shake hand ngan jurunikah, tapi apa yang aku rasa? Haram aku tak rasa apa-apa. Sebabkan aku tak rasa apa-apa tu ah yang buatkan aku rasa risau. Eh? Btol ke aku nak bernikah? Hahahahaha !! Fuck man !!
Gambar kat atas ni macam classic giler lah plak. Macam gaya aku nak order Indomee Double Telur Mata Kerbau satu pun ada. Hahahahahaha !! Tapi apa-apa pun, cerita kat atas ni adalah sebelum aku akad ngan kadi tu. Kadi tu dok tanya aku apa aku kasi kat isteri aku, berapa hantaran, apa lagi barang aku kasi... itu ini ah. Pasal agama haram dia tak tanya kat aku. Aku pun dok tunggu gak soalan-soalan cepu mas ni. Ni yang buatkan aku gabra...
Akhirnya aku punyer darah gemuruh datang bila dia dah pegang tangan aku time process akad nikah ijab kabul tu. Memang shit time tu. Tetiba jer lah plak diri aku ni buat perangai. Hahahahahaha !! Itu time, aku tarik nafas panjang and relax... dalam hati aku ada perasaan ego yang kasi tau kat aku, "LU MESTI SEKALI LAFAZ JER BRO. DUA KALI DAH TAK MACHO !!". Akhirnya...
"Aku terima nikah Wan Haniz Shafinaz Binti Wan Halim dengan mas kahwinnya tujuh ratus sembilan puluh tujuh ringgit tunai."
Syukurlah... akhirnya gadis yang aku kenal di Friendster, akhirnya aku kahwini, sah menjadi isteri ku dengan sekali lafaz akad ku itu. Akan ku jaga dia sampai akhir hayat ku. Yehaaaa !! Abih jer kadi ngan dua orang saksi tu cakap sah... aku pun terus tunjuk simbol I love you !! Ahaks !! Iskandar yang hebat !! Hahahahaha !! Lega selega-leganya hati ku ini.
So itu lah cerita serba sedikit time aku bernikah. Alhamdulillah... process akad nikah aku bersama isteri aku, Cik Haniz Shafinaz aku tu berjalan sangat lancar dan cepat. Wah best giler.
Syukurlah... we love you all, yang terlibat mahupun tidak. Terima kasih semuanya...
Cerita nikah dah habis, sekarang cerita malam berinai besar selepas aku selesai bernikah. Hehehehehe... party geng all night long. Party? Serious bro... memang malam tu kita orang party. Memang rock.
Pertembungan dua budaya... aku boleh cakap, perkahwinan aku ini merupakan perkahwinan masyarakat majmuk. Diri aku ini sudah bercampur aduk darahnya... mak aku membawa darah orang Jepun, berkahwin dengan dengan ayah aku yang memiliki darah campuran bangsa Bugis dan Arab... dapatlah aku. Isteri aku merupakan darah hasil campuran perkahwinan bangsa Melayu dan Punjabi di mana mak mertua aku sendiri merupakan orang Punjabi tulen yang memeluk agama Islam sewaktu berkahwin dengan pak mertua ku. So anak kami nanti bangsa apa? Haaa... bangsa Malaysia ah senang citer.
Kita orang diarak dengan palukan gendang punjabi yang sungguh mengasyikkan. Best giler serious aku cakap korang !! Sebelum tu, aku disambut dengan sambutan upacara menyambut menantu lelaki oleh Aunty Anjit... mak sedara wife aku. Ahaks...
Aku citer banyak pun tak guna ah... korang tengok sendiri ah video kat bawah ni. Best tak best ah... hehehehe...
So selepas diarak masuk ke dalam rumah, upacara menepung tawar dijalan. Upacara menepung tawar ni, meminta blessing dari kedua-dua belah pihak keluarga. Restu direstui... syukurlah....
Tamatlah kisah untuk hari ini 16hb Ogos 2008...
Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada mak ayah aku yang telah banyak bersusah payah kepada aku sampailah aku dah berkahwin ini... juga kepada pakcik makcik, nenda, sedara-mara aku yang memeriahkan majlis pernikahan aku ini. Tak lupa juga kepada semua kawan-kawan aku yang hadir dan memberi dorongan terutamanya kepada Abang Joe... dan akhir sekali kengkawan yang hadir time aku nikah dan malam berinai besar Zul, Azfar, Jain, Hafizuddin. Syukurlah...
Esok... Insyaallah aku akan ceritakan kisah hari langsung perkahwinan aku dan isteri aku di rumah perempuan di Seremban. Tunggu ya !!